Sepanjang kehidupan kita seharian kita tidak dapat menjangkakan atau mengelak dari sebarang kemalangan yang kita tidak diingini. Walaupun kita berhati-hati sekalipun tapi kemalangan yang terjadi mungkin disebabkan kecuaian orang lain.Mudah-mudahan kita dijauhkan dari pekara-pekara yang tidak diingini dan kita dimatikan dalam keadaan yang baik (husnul khotimah) dan mendapat redha-NYA amin.
Info berkenaan Insurans takaful dan konvensional.
1) Kalau di dalam industri perbankan, kita ada dua kategori bank iaitu
bank konvensional dan Bank Islam. Begitu juga dalam industri insurans,
juga ada dua kategori iaitu Insurans Konvensional dan juga Insurans
Islamic (Takaful)
2) Dari segi peranan dan tujuan, takaful atau insurans konvensional
adalah sama sahaja,cuma yang membezakan keduanya adalah dari segi
perjalanan operasinya sama ada ianya berjalan mengikut apa yang
ditetapkan syarak atau sebaliknya
3) Takaful adalah satu kemudahan yang bersangkut paut dengan pelan
perlindungan berdasarkan prinsip Syariah atau dalam bahasa mudahnya
takaful adalah Islamic Insurans yang diperkenalkan sebagai alternatif
kepada orang Islam untuk memilih skim perlindungan insurans yang
mengikut garis-garis yang mematuhi hukum syarak sepenuhnya.Bagi
memastikan segala operasi takaful mematuhi prinsip syarak sepenuhnya,
takaful akan dikawal selia oleh satu badan yang berautoriti yang
dipanggil Majlis Pengawasan Syariah
4) Badan seperti ini tidak wujud dalam Insurans Konvensional. Dalam
insurans konvensional, segala keputusan dan cadangan pelaburan mereka
akan ditentukan oleh ahli-ahli lembaga pengarah. Anda boleh check
sendiri siapa ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat konvensional
5) Apa yang berlaku, pengendali insurans konvensional bebas untuk membuat
apa sahaja dan melabur wang caruman bulanan pelanggan mereka di
mana-mana pelaburan yang menguntungkan
6) Asas pertimbangan hanya keuntungan daripada pelaburan mereka tanpa
mengambilkira pelaburan itu dibenarkan oleh syarak atau tidak. Jadi
jangan terkejut lah, jika anda dapati wang caruman pelanggan yang
dibayar setiap bulan akan dilaburkan di dalam syarikat-syarikat yang
judi,arak dan juga syarikat yang berteraskan riba yang sah-sah hukumnya
7) Jadi tidak hairanlah banyak ulama-ulama dan badan-badan agama
seperti JAKIM, Jabatan Mufti dan Majlis Fatwa sendiri yang telah
mengeluarkan hukum berkenaan dengan pengambilan insurans dan
takaful.Untuk mendapat lesen takaful ini, bukan sesuatu
yang mudah untuk diperolehi sebenarnya. Syarikat yang ingin memiliki
lesen takaful dan ingin menjalankan operasi takaful ini akan melalui
syarat-syarat ketat yang ditentukan/ditapis oleh pihak Bank Negara
Malaysia sebelum mereka dibenarkan untuk menggunakan nama takaful dan
seterusnya menjalankan operasi takaful ini kepada pelanggan-pelanggan.
8) Senarai
syarikat-syarikat yang beroperasi untuk takaful;
- Takaful Ikhlas Berhad takaful-ikhlas
- Great Eastern Takaful greateasterntakaful.com
- Takaful AIA Insurance aia.takaful
- Hong Leong MSIG Takaful hlmtakaful
- Insurance Prudential BSN prubsn
No comments:
Post a Comment